Historical Musings

Penghargaan

Sepanjang perlaksanaan Blog Sejarah ini, kami sungguh bertuah kerana mendapat bantuan daripada beberapa pihak. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka.

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Sejarah kami yang telah memberi tunjuk ajar, bimbingan dan galakan untuk melaksanakan blog ini.

Tidak dilupakan juga sumbangan bapa dan ibu yang telah menghulurkan bantuan dari segi sokongan moral, dorongan dan nasihat yang amat kami hargai.

Selain itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kelas kami yang bekerjasama membuat Blog Sejarah ini. 

Lokasi


Hwang Ho / Sungai Kuning merupakan sungai kedua panjang di China. Hwang Ho telah menyuburkan tanah di kawasan sekitar Lembah Hwang Ho. Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di barat ke Teluk Bo Hai di timur.

Tamadun Hwang Ho ini bersifat detempat kerana sekitarnya bergunung-ganang dan berpadang pasir.


Sungai Hwang Ho

Kerangka Masa

Kemunculan tamadun ini dapat dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien yang dikenali sebagai Peking Men yang dikatakan hidup pada sekitar tahun 400000 S.M.. Jumpaan ini membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolitik. Zaman Neolitik pula muncul pada sekitar tahun 5000 S.M.. 

Dinasti Hsia


Pada era inilah munculnya aktiviti pertanian dan perternakan. Dinasti beraja pertama di China diasaskan oleh Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar tahun 2205 – 1766 S.M.. Namun, belum ada bukti sejarah yang dapat mengesahkan kewujudan DInasti Hsia ini sebagaimana Dinasti Shang yang telah dapat dibuktikan kewujudannya melalui jumpaan arkeologi yang menandakan permulaannya pada sekitar tahun 1766- 1050 S.m.. 

sungai Wei 


Pada penghujung pemerintahan Dinasti Shang muncul kebangkitan hamba kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang.  Ini telah mendorong suku chou yang mendiami lembah sungai Wei dibahagian barat mengambil kesempatan untuk menyingkirkan dan menggantikan pemerintahan Shang dengan pemerintahan Dinasti Chou dari tahun 1050 S.M. hingga tahun 256 S.M..

Proses Pembentukan Tamadun Hwang Ho



Pembinaan tamadun ini berasaskan peranan Hwang Ho yang telah menyuburkan kawasan sekitarnya. Keadaan ini menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petempatan awal di kawasan tersebut. Tapak Banpo yang berdekatan bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho. Penduduk di kawasan ini menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang selain mengumpul hasil hutan dan memburu. Perkembangan petempatan awal ini telah melahirkan beberapa buah bandar di Lembah Hwang Ho.

Sunset on Yellow River 黄河日落


Salah sebuah bandar awal tamadun Hwang Ho ialah Anyang. Bandar ini merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang. Pembentukan Dinasti Shang telah membawa banyak lagi kemajuan, khususnya dalam usaha perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho. Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.

Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho

F1 Negara Kota



H1a. Petempatan awal yang berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar-bandar. H1b. Anyang merupakan salah satu contoh negara kota dalam tamadun Hwang Ho. H1c. Anyang terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan.
H1d. Di bandar ini terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran.
H1e. Ketua pemerintah, iaitu raja, golongan pembesar, dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar.
H1f. Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh      perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.

F2 Organisasi Sosial
  
H2a. Susun lapis dalam organisasi sosial masyarakat Shang memperlihatkan golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja.
H2b. Sedangkan lapisan bawahan, iaitu golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk, mendiami kawasan di luar bandar, iaitu di sekeliling negara kota ini.
H2c. Dalam lapisan ini terdapat juga golongan artisan. Golorigan ini wujud sebahagian besarnya disebabkan oleh kemahiran yang muncul dalam tamadun Shang, iaitu penguasaan mereka dalam teknologi gangsa.
H2d. Gangsa telah digunakan bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera, serta peralatan untuk upacara keagamaan.
H2e. Oleh sebab golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa ini, maka, golongan ini telah dapat menggunakan keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bawahan.
H2f. Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba. Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang.

F3 Pengkhususan Pekerjaan

H3a. Sistem organisasi sosial yang wujud telah membawa kepada pengkhususan pekerjaan.
H3b. Sebagaimana yang dijelaskan di atas, golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing. Terdapat dua kumpulan tentera, iaitu tentera yang menggunakan kereta kuda dan tentera berjalan kaki.
H3c. Di samping itu, golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan.
H3d. Golongan inilah yang telah membentuk kumpulan artisan. Golongan artisan ini telah mereka cipta pelbagai barangan ternbaga seperti bekas minuman dan makanan, serijata, dan barang tembikar.
H3e. Golongan hamba pula berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan, dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.

F4 Sistem Pemerintahan

H4a. Sistem pemerintahan Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja dan pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
H4b. Raja-raja Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama. Raja-raja ini berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.
H4c. Masyarakat tamadun ini percaya yang kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan dan raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama.
H4d. Dalam urusan pentadbiran raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan. Bagi wilayah di luar pusat pentadbiran, pemerintahan Dinasti Shang dibantu oleh golongan bangsawan. Golorigan bangsawan ini dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.
H4e. Oleh itu, golongan bangsawan ini berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang. Sistem yang sama telah diasimilasikan oleh Dinasti Chou apabila mereka mengambil alih pemerintahan Shang.
H4f. Raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini. Raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintah Chou, di samping memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.
H4g. Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.
H4h. Pembesar tempatan juga diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua. agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.

F5 Agama

H5a. Dari segi agama dan keperluan, masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politeisme.
H5b. Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang. Selain itu, mereka juga menyembah tuhan syurga. (Shang-ti) dan tuhan bumi (Tu), di samping penyembahan terhadap sungai, bukit dan gunung.
H5c. Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian, dan upacara korban. Upacara penyembahan ini akan diketuai oleh golongan bomoh.
H5d. Satu lagi keunikan tamadun ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang. Tulang yang ditemui ini dikenali sebagai tulang oracle.
H5e. Fungsi tulang orade adalah untuk meramal sesuatu keadaan. Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.
H5f. Amalan penilikan tulang oracle ini membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China. Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan.

F6 Sistem Tulisan

H6a. Tulisan China ini berbentuk ideograni, iaitu tulisan berbentuk simbol.
H6b. Tulisan asal ini kebanyakannya mempunyai garnbar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai.
H6c. Namun demikian, tulisan ini mula berubah kepada bentuk yang lebih kompleks seperti yang terdapat pada hari ini.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho

Politik dan Sistem Pemerintahan

1 Sistem pemerintahan beraja (monarki) diamalkan di China pada abad ke-20 dengan hanya sedikit perubahan.
2 Begitu juga dengan konsep-konsep yang berkaitan seperti konsep raja sebagai anak syurga, mandat syurga, dan amalan putaran dinasti.

Sistem Tulisan

1 Sistem tulisan ideogram yang tercipta secara evolusi masih digunakan masyarakat China kini.
2 Tulisan tersebut digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan serta diajar kepada anak-anak China di sekolah China.
3 Tulisan yang digunakan di Korea dan Jepun juga dipengaruhi oleh sistem tulisan China.

Sistem Kepercayaan dan Falsafah

1 Unsur pemujaan roh nenek moyang masih diamalkan oleh masyarakat China kini.
2  Falsafah China yang melibatkan konsep-konsep ‘Yin dan Yang’ serta amalan ‘Feng Shui’ masih kuat mempengaruhi masyarakat China.
3 Falsafah perang yang diperkenalkan Sun Tzu dalam karyanya yang berjudul The Art of War, kuat mempengaruhi taktik peperangan dan pemikiran strategik sehingga kini.

Ekonomi

1 Pembinaaan sistem pengairan merupakan aspek ekonomi yang penting sejak zaman Shang.
2 Raja bertanggungjawab membina terusan untuk mengairi kawasan pertanian dan untuk mengelakkan berlakunya banjir.
3 Kemajuan sektor pertanian di China membawa kepada terciptanya teknologi pertanian seperti teknologi pembajakan, penciptaan cangkul dan sabit serta penggunaan batas untuk penanaman.
4 Alatan pertanian yang diperbuat daripada besi mula menggantian alatan yang diperbuat daripada kayu.

Teknologi

1 Pada zaman Dinasti Shang:
a)      Alat senjata dan alat pertanian diperbuat daripada gangsa.
b)     Sistem kalendar dicipta
c)     Sutera dihasilkan dan pembuatan tembikar.
d)     Jed yang diukur sebagai alat perhiasan
2  Orang China terkenal dalam bidang seni bina dan kejuruteraan. Contoh pembinaan yang paling terkenal ialah Tembok Besar China.
3 Orang China juga dipercayai telah mencipta kertas dengan menggunakan kulit pokok mulberi serta bahan-bahan terpakai seperti kain buruk dan tali.